Monday, April 20, 2009

Sejarah Uptown Di Damansara Utama..sebuah catatan semuga ianya tidak dilupakan....


Tahun 1997-

Bermulanya aku berniaga di Uptown Damansara Utama Jln SS21/39.

Aku mendapat tapak setelah peniaga asalnya yang berniaga VCD lari dari hutang ah long.
Bermula dengan hobi aku melepak di sini untuk membeli VCD haram...kenapa tidak aku teruskan kepada berniaga di sini. Ini semua aku lakukan supaya aku tidak membuang masa dan aku boleh dapat duit pulak.
Walaupun pada hari siang aku kerja tapi aku tetap kuatkan semangat dan azamku supaya aku terus dapat meniaga di sini. Waktu perniagaan kami waktu bergantung kepada masa operasi MPPJ. Kadang-kadang pukul 8.30 malam, 11.30 malam dan ada juga pukul 2.30 pagi bila MPPJ melabuhkan lori mereka di situ.
Ketika itu keadannya seperti perang keran banyak penguatkuasa MPPJ di situ.
Aku mendapat tapak di akhir sekali (Berdepan dengan Pub The Office) dan membuat keputusan untuk menjual anak patung, keychain dan aksesori handphone bersama kawan baik aku...kechik.

Yang aku ingat, peniaga Melayu berjumlah sekitar 40 orang sahaja pada masa itu.Kebanyakkan peniaga di sekitar tahun 1997-1998 adalah peniaga cina yang berniaga VCD haram.

Ketika itu, peniaga haram ini akan menghadapi tindakan sita dari MPPJ ( sekarang MBPJ) tambah lagi hujan, ribut dan petir dan sebagainya adalah asam garam hidup kami sebagai peniaga.

Aku masih ingat lagi aku bertarik-tarik dengan penguatkuasa MPPJ yang hendak merampas barang aku namun aku tidak serik. Ada juga yang bergaduh tapi pada aku mereka menjalankan tugas mereka.Esok aku beli barang baru dan terus meniaga.

Ketika itu, jiran sebelah kami adalah Abang Zabidi, Kak Ros dan Abg Man ...mereka ini semua baik belaka saling tolong menolong terutamanya aku yang berada di tapak akhir sekali.

Pada ketika itu, aku masih ingat lagi kami meniaga hanya mengunakan lampu yang mengunakan bateri kereta. Kadang kala bila bateri dah kong..kami terpaksa menolak kereta untuk menghidupkannya.

Semua ini adalah kenangan manis aku dan tak akan dapat aku lupakannya dan aku akan sambungkan catitan ini di lain masa. Tunggu...................


No comments:

Post a Comment