Monday, May 4, 2009

Tips untuk mulakan perniagaan baru

Berikut adalah serba sedikit tips untuk mulakan perniagaan baru :-

1. Bermula kecil supaya anda dapat fikirkan kekuatan dan kelemahan business baru anda.

2.Buatkan akaun untuk perniagaan baru ini.Ini paling penting supaya anda dapat monitor perjalanan terpenting business anda.Anda juga boleh tahu margin keuntungan anda bila ada akaun.

3. Orang tua berkata perniagaan baru harus bermula pada hari ahad dan tidak ditutup selama 40 hari namun itu semua terpulang pada anda.

4. Mahirkan dulu diri anda dengan segala aspek perniagaan anda dari A-Z supaya bila anda berjaya nanti...anda akan ingat segalanya.

5. Dokumenkan segala aspek business anda...mana tahu anda boleh jadikannya harta intelektual anda.

6. Lakukan penyelidikkan tentang tempat, strategi, pesaing dan harga yang ditawarkan di pasaran.

7. Decorate kedai/premis/tempat perniagaan anda sebaik mungkin.Jaga kebersihan...jangan cincai untuk menarik pelanggan.

8. Promote ...promote dan promote business anda. Caranya banyak.Contoh sms ke kawan, flyer, banner dang beritahu kawan-kawan anda. Jangan diam dan malu.

9. Jangan pinjam modal dari kawan,saudara, bank dan sebagainya..Mana tahu business anda gagal anda masih tidak berhutang.Mulakan dengan duit sendiri.

10.Ingat kata-kata ini....Sebelum nak jadi boss aku kena jadi kuli dulu so
buat yang sepatutnya untuk business anda.Jangan nak cepat dan bersabar k

Akhir sekali, Selamat Maju Jaya dan jika ada tips yang baik harap kongsikan bersama




Sunday, May 3, 2009

Syukur aku kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya aku berjaya membuka business kedua aku.
Target aku dalam business kedua ini adalah aksesori lelaki seperti topi, talipinggang, kasut dan lain-lain lagi namun oleh kerana masih kekurangan modal aku masih menjual tshirt lagi.
Baru-baru ini aku cuba menjual lengan panjang dan vest di tempat aku ini tetapi masih belum mendapat sambutan lagi. Business baru takkan semuanya cepat tapi aku bersyukur aku masih dapat membuat jualan.
Walaupun dalam serba kekurangan namun itu tidak menghalang aku untuk terus melangkah.
Aku tak cukup barang namum aku x kisah sangat asalkan aku sudah bermula.Langkah aku seterusnya adalah untuk menentukan hala tuju business aku.
Aku harus menentukan adakh aku masih ingin menjual t-shirt sperti permintaan pelanggan yang sedia ada dan aku pun sudah mahir dalam business ini. Terfikir juga aku hala tuju baru iaitu aksesori lelaki tapi mampukah aku bertahan.Hasil pemerhatian aku vest lelaki mendapat sambutan mengalakkan namun aku tidak ada pengalaman.Bolehkah aku....?????

Monday, April 20, 2009

Sejarah Uptown Di Damansara Utama..sebuah catatan semuga ianya tidak dilupakan....


Tahun 1997-

Bermulanya aku berniaga di Uptown Damansara Utama Jln SS21/39.

Aku mendapat tapak setelah peniaga asalnya yang berniaga VCD lari dari hutang ah long.
Bermula dengan hobi aku melepak di sini untuk membeli VCD haram...kenapa tidak aku teruskan kepada berniaga di sini. Ini semua aku lakukan supaya aku tidak membuang masa dan aku boleh dapat duit pulak.
Walaupun pada hari siang aku kerja tapi aku tetap kuatkan semangat dan azamku supaya aku terus dapat meniaga di sini. Waktu perniagaan kami waktu bergantung kepada masa operasi MPPJ. Kadang-kadang pukul 8.30 malam, 11.30 malam dan ada juga pukul 2.30 pagi bila MPPJ melabuhkan lori mereka di situ.
Ketika itu keadannya seperti perang keran banyak penguatkuasa MPPJ di situ.
Aku mendapat tapak di akhir sekali (Berdepan dengan Pub The Office) dan membuat keputusan untuk menjual anak patung, keychain dan aksesori handphone bersama kawan baik aku...kechik.

Yang aku ingat, peniaga Melayu berjumlah sekitar 40 orang sahaja pada masa itu.Kebanyakkan peniaga di sekitar tahun 1997-1998 adalah peniaga cina yang berniaga VCD haram.

Ketika itu, peniaga haram ini akan menghadapi tindakan sita dari MPPJ ( sekarang MBPJ) tambah lagi hujan, ribut dan petir dan sebagainya adalah asam garam hidup kami sebagai peniaga.

Aku masih ingat lagi aku bertarik-tarik dengan penguatkuasa MPPJ yang hendak merampas barang aku namun aku tidak serik. Ada juga yang bergaduh tapi pada aku mereka menjalankan tugas mereka.Esok aku beli barang baru dan terus meniaga.

Ketika itu, jiran sebelah kami adalah Abang Zabidi, Kak Ros dan Abg Man ...mereka ini semua baik belaka saling tolong menolong terutamanya aku yang berada di tapak akhir sekali.

Pada ketika itu, aku masih ingat lagi kami meniaga hanya mengunakan lampu yang mengunakan bateri kereta. Kadang kala bila bateri dah kong..kami terpaksa menolak kereta untuk menghidupkannya.

Semua ini adalah kenangan manis aku dan tak akan dapat aku lupakannya dan aku akan sambungkan catitan ini di lain masa. Tunggu...................